Menu Lunch Ringkas: Udang Masak Lomak Cili Api, Kacang Panjang & Sambal Kuini

Hari ini menu lunch kami agak ringkas sebab harini  kelam-kabut ke sekolah anak untuk urusan BAP (Bantuan Awal Persekolahan).  
Saya kelam kabut masak sehabis pulang dari pasar, saya masak udang masak lomak cili api, sayur kacang panjang, dan sambal kuini. Walaupun masak cepat-cepat, alhamdulillah semuanya siap dan sedap dimakan bersama keluarga.


Plan awal nak buat sambal, tapi Si bongsu tu request nak gulai lomak cili api

sayur kacang panjang campur kobis

buah kuini yang ada sempat la saya sambalkan buat pelengkap menu

Selesai masak tengah hari, terus bersiap semula ke sekolah untuk ambil BAP anak sesi petang. Hari yang agak kalut, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mujur harini tak hujan kerana parking kereta agak jauh dari Sekolah kerana ramai ibu bapa hadir awal untuk ambil duit BAP.

Post a Comment

10 Comments

Warisan Petani said…
Selamat menjamu selera
Tot said…
Alhamdulillah, sempat masak untuk keluarga. Sedap tengok udang gulai lemak cili api. 😋 Rezeki, dapat bantuan awal sekolah.
Ezna Khalili said…
Sedap tu sambal kuinin. Bau dia semerbak.
Lynn Huraiza said…
sambal kuini tu makan ngan telur dadar dan nasi panas pun dah menyelerakan...
Roziah @ Cie said…
Sambal kuini tu paling mengancam. Menambah selera. Makan dengan ikan masin pun sedap dah.
Carneyz said…
Ya Allah sedap2 semua menu ni, lagi2 sambal kuini tu 🤤
Mama Zharfan said…
alhamdulillah, sedap2 belaka ni. BAP utk my boys lom dpt lagi...biasanya lewat sikit sbb sek swasta kan...hrp2 cepat2 la dpt..boleh buat beli brg2 keperluan my boys
Suria Amanda said…
Ada udang banyak lagi dalam fridge kat rumah tu..ada dalam sekilo lagi..boleh la buat masak lemak udang esok
Etuza said…
Hebat memasak..air tangan ibu yang baik..
Udang mlca tuh 😍😍😍😍😍. Bisa tak ingat diet lah kalau makan itu kak 😄❤️❤️