Salad Buah Mudah Untuk Sarapan atau Lunch Bila Kurang Selera

Bila tak ada selera nak makan berat, saya biasanya pilih menu yang ringan dan menyegarkan. Salad buah dengan tembikai, pear dan daun salad baby romaine ini antara pilihan kegemaran saya, sama ada untuk sarapan atau lunch. Ringkas, cepat disediakan dan tak membebankan perut.



Gabungan buah yang manis dan berair dan pear yang rangup dengan daun salad yang rangup memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Saya cuma tambah sos thousand island brand Lady's Choice kegemaran saya untuk bagi rasa lemak manis yang seimbang. Tak perlu banyak bahan pun, asalkan segar dan buat badan rasa ringan selepas makan. Kalau korang menjaga diet dan tak makan sos tak berkhasiat ni boleh je skip, hehe



Untuk hari-hari yang kurang selera makan, salad buah ringkas seperti ini memang jadi penyelamat. Boleh dijadikan sarapan atau lunch ringan tanpa rasa terbeban. Simple, segar dan cukup untuk bagi tenaga sepanjang hari.

Post a Comment

9 Comments

Lala said…
Setuju sangat, kalau salad buah adalah salah satu makanan ringkas yang cocok sekali dimakan saat sarapan ataupun makan siang.

Sos yang tepat, bisa bikin rasa salad buah makin enak. Selera makan pun bisa kembali hadir saat memakan salad buah.
Roziah @ Cie said…
Cie suka jugak makan salad. Sekali sekala takde selera makan elok la makan salad kan.
thisni3za said…
Nice...=)
Time Traveller said…
Sy kalau salad buah suka campur dgn yogurt ☺️👌🏻
uncle gedek said…
Kalau uncle tak cukup makan salad buah je....
Etuza said…
Memang pembuka selera..lembut ja salad tu..
mrhanafi said…
salah pun sedap dan menyelerakann juga tau !
Fadzillah said…
Tengok pun dah tahu memang sedap salad buah macam ni.
Mama Zharfan said…
diet menu sgt!