Mungkin ni kali terakhir akak buat kek tahun ni. Suka kek carrot?
Akak tepek resepinye sini ye. Kredit buat kenalan lama akak puan Puspa kerana sudi share resepi ni. Moga murah rezeki beliau dan dirahmati Allah
11/3 cawan tepung gandum
1 cawan carrot parut
1 cawan gula(saya guna3/4 cawan gula saja)
1sudu teh baking powder.
1/2 sudu teh serbuk kayu manis jika suka
3 biji telur
1 cawan minyak sayur
1/2 cawan kismis(kisar halus)
1/2 cawan kacang pecan(kisar halus) kalau takda saya ganti walnut.
Topping:
170 cream cheese
50 gram gula castor
100 gram butter
1/2 sudu susu manis
2 sudu susu segar
Cara:
Saya tak pakai cawan, saya pakai mug sebab nak kek saiz besar. Maka telur tu saya pakai 5 biji.
caranya: Pukul telur, gula dan minyak sampai rata. Masukkan semua bahan lain.
Bakar 180 degree hingga masak.lebih kurang 45 minute.
dah sejuk k baru letak topping ye.
Jika pakai tartura atau cream cheese yang kurang masam..perah lemon sikit untuk bagi rasa masam.
Selamat mencuba. Senang sangat dan amat berbaloi.
1 Comments
Dah lama tak buat carrot cake ni. Dulu rajin buat tapi versi yg simple je takde letak kekacang. Masak dalam microwave pun jadi jugak.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.