Urusan bank adalah satu perkara yang akak tak gemar nak buat. Eh bukan urusan bank je, urusan apa pun semua tak gemar. Baik baring je, hahahaha. Oleh kerana urusan apps myasnb ada masalah, kena pergi bank buat kemaskini maka teruslah uruskan benda terbengkalai lama .
Dari Tabung Haji nak dikeluarkan nak masuk ke ASNB. Tapi apps asnb kena buat kemaskini ada masalah sikit. Nak pindahkan TH pun ada limit sehari 10k je.mana boleh masuk terus kan?kena TH keluarkan check, tapi tak selesai sehari pun. Maka online atau ATM je la, kena masukkan ke maybank dulu baru boleh pindahkan. Tabung Haji pula ada limit, kena la pindahkan sikit demi sikit tiap hari sampai selesai. Rasanya zaman muda mudi je dulu buat kerja leceh ni, bank sini tukar ke sana itu ini begitu begini. Eh leceh! Tapi kadang tu ada benda leceh yang kita kena buat juga demi tidak diperlecehkan. Eh!
Satu benda lagi tak selesai, tutup akaun Bank Islam. Dulu gigih gi buka akaun 2012 kot masa tu. Zaman tu sebab Al Awfar. Takpelah, zaman acik dah berusia ni malas nak pegang kad banyak, tak larat nak hafal nombor pin juga sebab acik dah mula hilang ingatan sedikit demi sedikit. Acik ni macam komputer juga, kalau ada salah setting je akan terdelete pastu lost. Kau tegur lama tak jumpa!! acik buat muka blur tu sebab try loading nak ingat awak sape? kita kawan ke? hehe
9 Comments
TETAP MAMA DI HATI