Urusan bank adalah satu perkara yang akak tak gemar nak buat. Eh bukan urusan bank je, urusan apa pun semua tak gemar. Baik baring je, hahahaha. Oleh kerana urusan apps myasnb ada masalah, kena pergi bank buat kemaskini maka teruslah uruskan benda terbengkalai lama .
Dari Tabung Haji nak dikeluarkan nak masuk ke ASNB. Tapi apps asnb kena buat kemaskini ada masalah sikit. Nak pindahkan TH pun ada limit sehari 10k je.mana boleh masuk terus kan?kena TH keluarkan check, tapi tak selesai sehari pun. Maka online atau ATM je la, kena masukkan ke maybank dulu baru boleh pindahkan. Tabung Haji pula ada limit, kena la pindahkan sikit demi sikit tiap hari sampai selesai. Rasanya zaman muda mudi je dulu buat kerja leceh ni, bank sini tukar ke sana itu ini begitu begini. Eh leceh! Tapi kadang tu ada benda leceh yang kita kena buat juga demi tidak diperlecehkan. Eh!
Satu benda lagi tak selesai, tutup akaun Bank Islam. Dulu gigih gi buka akaun 2012 kot masa tu. Zaman tu sebab Al Awfar. Takpelah, zaman acik dah berusia ni malas nak pegang kad banyak, tak larat nak hafal nombor pin juga sebab acik dah mula hilang ingatan sedikit demi sedikit. Acik ni macam komputer juga, kalau ada salah setting je akan terdelete pastu lost. Kau tegur lama tak jumpa!! acik buat muka blur tu sebab try loading nak ingat awak sape? kita kawan ke? hehe
8 Comments
Betul baring tu jer yang mudah...kalo tanpa gangguan..
ReplyDeleteBenda yang SA x suka jugak nak buat....tapi terpaksa buat...
ReplyDeleteSaya pun tak suka buat urusan begini. Kalau guna apps TH Jari Tabung Haji tu tak boleh ek nak pindahkan ke tempat lain. Ke hanya boleh transfer dari bank ke TH je. Kalau dapat buat online lagi mudah rasanya tak perlu ke office kan. Tapi tu lah sebab faktor keselamatan pengguna juga. Takpelah, bersusah dahulu bersenang kemudian.
ReplyDeletekalau guna maybank senang nak keluarkan TH. Tapi x tahu berapa limit sehari @ sebulan..
ReplyDeleteJemput singgah yer..
ReplyDeleteTETAP MAMA DI HATI
Mujur sekarang semua dah di hujung jari. Kalau link akaun bank dengan akaun tabung haji, boleh guna aplikasi bank je untuk pindahkan duit dari akaun TH ke akaun bank. Tapi kalau amount besar, tak pasti la boleh ke tak, mungkin kena ke kaunter jugak.
ReplyDeleteDulu saat saya masih kerja di bank, mudahlah semua urusan bank nih. Bisa minta bantuan teman juga, atau lakukan sendiri. Tp setelah resign, mau tak mau harus lakukan sendiri, kecuali kalau masalah di CIMB. Minta suami yg kerjakan, Krn dia kerja di sana 😄
ReplyDeleteAmmi pun banyak bank dah ammi tutup. Dulu tiap kali tukar kerjakan kena buka akaun bank ikut bank apa yg company guna...pastu terbiar gitu. Tutup jelah...mana tau mati esok lusa takdelah susah waris nak ke sana sini
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.