Banana Pancake Ala Krabi

Banana pancake dengan nutella, dengar pun dah terbayang gebu roti canainya dan kesedapan sapuan coklat hazelnut yang mewah di atasnya. Semasa menikmati hidangan ni waktu ke Krabi 11 tahun lepas terus jatuh hati. Bukan kerap masuk thailand, dan bukan semua tempat sedap hidangan ni. jika yang roti canai pisang tu perempuan yang setakat dia canai leper leperkan saja memang tak sedap la kejadiannya. Sebab tu jika rindu nak makan menu ni di Malaysia, saya akan tuju kedai roti canai sedap, terus order roti pisang. Nutella bawa saja sendiri dari rumah. sapu je kat sana sendiri. Jangan lupa semasa order tu minta dia tolong potong.



ha yang ni versi ommi dari dapur comel sendiri. Beli Roti canai segera brand KAWAN(sedap ikut tekak saya) letak pisang. masak sampai garing dan sapukan nutella ikut tahap manis mana awak suka


saya guna sebiji pisang emas. sapu sikit marjerin dan tabur pisang. lipat 4 segi dan goreng dengan sikit marjerin. saya guna buttercup  je.

Kalau rajin beli je roti canai segera , kalau kurang rajin order je roti pisang kat kedai, sapu filling apa ikut kesukaan korang kat atas tu. Ada orang suka pakai susu manis coklat dan lain lain




Post a Comment

3 Comments

Pizzah said…
Belum pernah lagi makan roti canai pisang atau banana pancake nutella tu. Roti canai frozen pun tak pernah beli. Kalau nak buat stok tu beli je di kedai nak simpan dalam freeze. Nak makan tinggal panaskan je.
Nice juga kan kalau buat sendiri ni. Boleh letak pisang dan nutella ikut selera kita.
dear anies said…
sy suka tgk je mknn ni tp tkt nak mkn hehehe sbb dah terbiasa mkn roti canai yg x manis hehehe
Mama Zharfan said…
woww nmpk sedap sungguh ni