Kuaci bunga matahari adalah salah satu kudapan yang saya suka. Sejak kecil kerap makan kuaci ni berbanding kuaci labu. Bezanya sekarang ni kerap juga makan kuaci labu sebab dah banyak jual yang dah buang kulit. Sedap letak bersama muesli makan dengan susu untuk sarapan pagi atau tabur atas roti.
Kalau kuaci matahari ni pun sekarang ni dah ada versi sangat tak sihat tapi sedap sebab dah berkupas dan berperisa. Nyums
Ada antara korang yang suka makan kuaci juga?
5 Comments
Dulu-dulu dok menyembang dgn kawan-kawan bawah pokok, kuaci la peneman kami :D
lepas game bersepah kulit kuaci sn sini eee geram je tgk