Pantai Paka, Terengganu-Teruk Terhakis


Rindunya pada pantai Paka ni, dulu kami tinggal berhampiran pantai. Nak ke pantai ni dulu cuma jalan kaki saja dari rumah. 

Alhamdulillah haritu  sempat ke Paka, Terengganu memenuhi undangan jiran lama kami semasa tinggal di Terengganu dulu. Sebagai anak rantau pastinya saya sangat rasa bertuah bila dapat jiran yang sangat baik seperti kakak ni sekeluarga. Bila dah berhijrah ke luar negara pun masa tu kami akan berkunjung hampir setiap tahun ke Paka lawat mereka bila pulang cuti summer break. 

Rindu tak pernah padam pada ketenangan pantai Paka ni, cuma rasa sedih bila tengok pantainya dah tak ada sangat pesisir pantai untuk bermain pasir atau melayan pukulan ombak seperti dulu. Teruk terhakis pantai ni. Dulu laluan nak ke pantai tak berturap, kami jalan kaki saja celah celah semak melintas menuju ke pantai, sekarang ni dah ada jalan raya dari rumah sewa kami dulu nak ke pantai. Rumah yang kami sewa pun dah jadi homestay sekarang ni, tuan rumahnya pun dah buat rumah dan menetap area situ juga.

Di Dungun pun teruk terhakis pantainya area depan uitm tu. Mujurlah pantai area Kijal masih okey, kami menginap di sana tempoh hari dapat lah bermain main di pesisir pantai melepas rindu di dada .


Post a Comment

4 Comments

Ammi said…
Pernah ke pantai di hadapan UiTM Dungun back in 2000. Masa tu kami dari UiTM Shah Alam dijemput untuk bagi talk pada junior disana. mmg agak ngerilah pengalaman berdiri digigi air...kita mmg betul-betul di gigi air (bahagian tapak kaki & sikit je ankle kena air). sekali bila datang ombak tau-tau kita dah paras keting hampir ke lutut di dalam air.
Mama Zharfan said…
pantai belah2 terengganu dan kelantan mcm byk jer yg terhakis kan...esp kelantan laaa...
Pizzah said…
Ada baca juga pantai di Terengganu semakin menghakis. Sebelum ni yang rumah viral tu kan. Sedih tengok. Tak pernah sampai di pantai Paka lagi. Pernah sampai di Pantai Kijal. Pantai di Terengganu cantik-cantik.
Cik Nur said…
ciknur lamaaa sudahh tak ke TRENGGANU ni last rasa sblm 2020
ank sedara sepupu ada je kat sana tp x penah jejak dia
insyaallah nk pegi jga suatu hari