Sedap Sesekali Layan Sambal Sardin


Salam Jumaat. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang diberkati. Alhamdulillah harini cuaca baik, mood baik dan segala urusan berjalan lancar. Pagi lagi dah siap masak, bila tak selera nak mengadap ayam daging semua tu menu sardin la jadi sasaran. 

Saya lebih suka sardin dibuat sambal. Cuma perlu tumis bawang dan cili kisar dan masukkan sardin serta sedikit air asam jawa dan perasan dengan garam. Mudah tapi cukup membangkitkan selera .

Korang sarapan apa tadi? saya buat cekodok pisang je tadi. Lama simpan pisang tu sejak Jumaat  lepas, risau membusuk pula dia nanti dah berapa kali keluar masuk dari peti sejuk tu

Post a Comment

0 Comments