Hi Semua. Bagaimana dengan cuaca tempat korang, panas ke tu? Jangan lupa banyakkan minum air kosong ye, dengan panas ditambah berjerubu ni risau jatuh sakit kalau kurang minum air. Saya ni jenis susah sikit nak minum air kosong sejak dulu lagi, mujur sekarang ni mudah nak dapat air mineral atau air coway berbanding dulu. Zaman dulu bila minum je air masak terasa lain macam kat tekak. Macam ada rasa manis manis + macam rasa besi pun ada, haha. tak suka!
Coway rumah ni yang jenis alkaline tu boleh la terima tekak dan nak ke mana saja memang saya akan bawa bekal air sebab kadang tu kedai makan jual drinking water tak ada jual air mineral. Sesetengah drinking water rasa dia agak pelik tu yang kurang gemar minum air tu. Nak pujuk diri suka minum air saya suka beli tumbler/ botol air corak ceria dan cute. Jangan pelik la kalau terserempak dengan saya sambil usung tumbler gambar Sin Chan, haha. Asal saya rasa cantik di mata saya, corak reben pink pun saya minat. Gambar Sin Chan pun saya teruja. Apa saja asalkan cantik di mata memang saya akan beli dan gilir gilir guna.
Kadang tu tumbler ada kopi panas satu, tumbler ada air sejuk satu. Penuh dengan stok air bila nak keluar rumah. Korang suka singgah minum atau akan tapau air panas / sejuk dari rumah jika nak ke mana-mana?
.jpg)
0 Comments