CILI API


Salam Jumaat semua. 
Cili api, pedas tapi buat yang menyukai ketagih. Malah ada yang tak berselera makan jika tiada cili api di dalam masakan. 


Ada yang suka buat sebagai ulam agar lebih terasa sensasi tahap pedasnya. Lauk tak pedas tak mengapa, asalkan ada cili api. 

Kalian suka guna cili kering atau cili api? Kalau saya , cili api kecil yang kampung tu dipanggil cili padi. Kalau yang ni panggil cili api.hehe. 

Cili ni yang berwarna merah lebih pedas jarang sangat saya beli. Tak sanggup berasap mulut.huhu.

Post a Comment

8 Comments

nohas said…
perghh...buat ulam..org utara panggil cabai burung..
Kami sebutnya cabe rawit. Memang tak bisa makan tanpa pedas 😂😂. Sayangnya anak saya yg pertama tak suka pedas semasekali. Padahal adiknya suka sangat. Jadi kdg saya mengalah buat masakan tak pedas, hanya saja saya tambahkan sambal atau masukkan cabe rawit utuh ke dalam masakan. Jadi bisa diambil dan gigit bagi yg suka pedas saja
Puan Hazel said…
Kalau buat sambal, guna cili kering. Tapi kalau belado guna cili api & cili merah besar tu. Kalau nak buat sambal belacan atau air asam yg pedas, guna cili padi. Yang pasti, kena ada cili dlm masakan, baru kick :)
Mama Zharfan said…
my hubby la tu...boleh dia mkn raw jer sbg ulam...saya mkn tp dlm bentuk sambal/cili kisar
Roziah @ Cie said…
Cie pun selalu beli cili padi yang ni. Ada masa pedas, ada masa tak pedas.
Mulan said…
Tak tahan pedas, tapi kena simpan sebab hubby kuat pedas.
Suria Amanda said…
Cili merah tu perlu ada, senang SA nak buat sambal belacan LM
Kalau makan wajib ada cili api, memang automatik selera naik! Tak kira lauk simple ke lauk mewah, kalau tak pedas tu rasa macam “tak cukup syarat” je. Cili api ni walaupun kecil, tapi power dia luar biasa