POPIAH

 


Hi, Salam Isnin. Popiah sayur adalah salah satu makanan kegemaran saya. tapi, zaman sekarang ni susah juga nak cari popiah yang sedap dan menepati citarasa tekak sendiri kerana bila beli dapat terlalu sedikit sayur di dalamnya. Malah popiah juga dah ada yang diisi carbonara. bagi pencinta carbonara pasti seronok dapat isi tersebut namun bukan saya . saya lebih suka popiah sayur dan makan bersama sos merah yang dibuat sendiri gabungan cili kisar, garam gula dan bawang putih(ikut tekak sendiri)

Biasanya saya akan beli kulit popiah yang ada 50 keping. jika 40 keping tu terlalu besar. saya nak buat saiz biasa saja.

Sayur:
kobis dihiris nipis
carrot hiris atau sagat 
sedikit kacang panjang
sedikit tauge

jika suka sayur lain boleh tambah.

cincang bawang putih 4-5 ulas, tumis dengan sedikit minyak. masukkan telur sebiji dan masukkan sayur. perasakan dengan garam. gaul sekejap dan angkat sejukkan. saring air sayur biar kering semasa proses menggulung

saya suka sayur yang ditumis sebentar agar lebih sedap dimakan. Kalau tak suka sayur yang ditumis boleh skip proses ni.

kulit popiah tu kita gam dengan menggunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. sapukan sedikit dihujung kulit agar tidak terbuka. 

dah gulung boleh terus goreng atau boleh juga difrozenkan.

sos: sos merah ni saya cuma kisar cili kering dengan sedikit bawang putih. masak tanpa minyak. letak sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. jika suka boleh letak sedikit sos cili. dah pekat kuahnya boleh diangkat dan hidang.

selamat mencuba. 

Post a Comment

12 Comments

Suria Amanda said…
SA teringin nak buat popia udang, letak udang sekor2 dalam tu...
Mznimnwr said…
Walaupun skrg dah ada bermacam jenis popiah (big mac la, carbonara laa) tetap popiah sayur yg klasik ni jugak paling best!

Btw salam kenal n follow :D
mama tisya said…
sedap tu popia...buat sendiri puas mkn
anamizu said…
betul tu LM kat luar sllunya mesti ssh nak menepati tekak kita.. tu yg kena buat sendiri tu..
mummy_ayu said…
sedapppp
Mulan said…
Pagi tadi baru beli popia yang bersira. Punya la gemuk tapi bila makan berangin, isi tak penuh. Alhamdulillah sedap.
Abah Titik Asa said…
Saya memperhatikan fotonya, Mbak.
Barangkali kalau disini popiah itu semacam keroket atau risol.
Selamat menikmati popiah ya Mbak.

Salam,
Roziah @ Cie said…
Sekarang ni dah macam2 inti popia carbonara, crabstick, pisang, yang terbaru tu popia big mac.
Time Traveller said…
Tak tahu la skrg ni makin mengarut inti dlm popia yg org jual 😂 hahaha.. . nak beli pun rasa lain jer huhuu...
Mama Zharfan said…
always my fav!! kebetulan ada vege springroll (vege) ni kat buffet bf spread kat hotel hanoi tu
Popia sayur garing ni memang layan! Rangup di luar, inti sayur penuh rasa… cicah pulak dengan sos,
sedap popia sayur bila masak jadi puas sebab banyak dapat..dan boleh buat besar-besar..kalau beli kedai sikit ja baru mahal..makan dengan sos memang sedap petang ni nak buat la hihi