Hi, Salam Isnin. Popiah sayur adalah salah satu makanan kegemaran saya. tapi, zaman sekarang ni susah juga nak cari popiah yang sedap dan menepati citarasa tekak sendiri kerana bila beli dapat terlalu sedikit sayur di dalamnya. Malah popiah juga dah ada yang diisi carbonara. bagi pencinta carbonara pasti seronok dapat isi tersebut namun bukan saya . saya lebih suka popiah sayur dan makan bersama sos merah yang dibuat sendiri gabungan cili kisar, garam gula dan bawang putih(ikut tekak sendiri)
Biasanya saya akan beli kulit popiah yang ada 50 keping. jika 40 keping tu terlalu besar. saya nak buat saiz biasa saja.
Sayur:
kobis dihiris nipis
carrot hiris atau sagat
sedikit kacang panjang
sedikit tauge
jika suka sayur lain boleh tambah.
cincang bawang putih 4-5 ulas, tumis dengan sedikit minyak. masukkan telur sebiji dan masukkan sayur. perasakan dengan garam. gaul sekejap dan angkat sejukkan. saring air sayur biar kering semasa proses menggulung
saya suka sayur yang ditumis sebentar agar lebih sedap dimakan. Kalau tak suka sayur yang ditumis boleh skip proses ni.
kulit popiah tu kita gam dengan menggunakan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. sapukan sedikit dihujung kulit agar tidak terbuka.
dah gulung boleh terus goreng atau boleh juga difrozenkan.
sos: sos merah ni saya cuma kisar cili kering dengan sedikit bawang putih. masak tanpa minyak. letak sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. jika suka boleh letak sedikit sos cili. dah pekat kuahnya boleh diangkat dan hidang.
selamat mencuba.

12 Comments
Btw salam kenal n follow :D
Barangkali kalau disini popiah itu semacam keroket atau risol.
Selamat menikmati popiah ya Mbak.
Salam,