KUDAPAN: KACANG GORENG SALUT TEPUNG


Assalamualaikum. Kadang kala terasa nak kudap sesuatu tapi malas nak keluar membeli. Saya ni bukan peminat kacang tanah. Kacang tanah dalam nasi lemak atau dalam soto pun saya tak makan. Tapi jika kudapan yang ini memang laju saya makan . Dah mula mengunyah tak mahu berhenti jadinya. 

Ni versi campak-campak saja sambil buat agar-agar santan sambil menggoreng di dapur sebelahnya. Kacang goreng salut tepung kali ni saya cuma guna tepung serbaguna ayam goreng brand Bestari yang hot and spicy, campur sikit tepung pulut, sedikit gula pasir dan dua biji telur ayam sebagai agent pelekat. 

Dah campur semua tepung gula tu dengan telur terus gaul dengan kacang sampai elok melekat. jika kurang lekat tambah sedikit air dalam beberapa sudu. 

Goreng dengan api perlahan sampai masak. 

Jika tak suka pedas boleh guna tepung perisa original. Jika suka manis lebihkan gula. 

Sekali buat dapat dua balang juga habuan kudap sambil blogwalking ke blog korang, hehe

Post a Comment

7 Comments

Mama Zharfan said…
memang sedap sgt boleh snacking gini!
notie said…
wah kacang ni kalau buat time raya memang laku keras. Tapi sekarang tak yah tunggu raya buat je jadi kudapan
Ezna Khalili said…
Kalau kekacang suami paling suka......
Puan Hazel said…
Rajinnya LM... Mmg sedap mengunyah snek gini, sedar tak sedar habis sebekas :)
Roziah @ Cie said…
Cie selalu beli dari leader cleaner kat hosp Cie sedap dia buat.
Pizzah said…
Uishh versi campak-campak pun menjadi. Hebat ni macam-macam dia boleh masak. Dulu ni jadi kudapan favourite. Itu sebelum pakai braces lah. Sekarang dah jadi musuh. Tak boleh dah nak gigit kacang keras-keras ni. huhu...
Ini confirm, kalau dah makan, tak cukup sedikit 🤣🤣. Samaaa kita kak. Saya suka kacang kalau disalut tepung begini. Memang susah berhenti 🤭