Cuti sekolah dah nak tamat, tahniah buat semua anak-anak atas kecemerlangan peperiksaan yang lepas. Bagi yang belum puas hati dengan keuputusan kalian boleh usaha dan cuba lagi. Ada adik-adik tingkatan satu dan empat yang dapat masuk asrama? Sini Acik share checklist barang kemasukan ke asrama . Jangan lupa bawa barang-barang penting ni supaya tidak perlu susah payah keluar pergi membeli di sekitar tempat baru pula. Pelajar yang nak masuk universiti pun boleh rujuk perkara di bawah:
1️⃣ Keperluan Pakaian
Baju, seluar, skirt, kasut ke kelas, kasut sukan,pakaian sukan
Pakaian dalam & stokin secukupnya
Pyjamas / baju tidur
2️⃣ Keperluan Diri
Sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi
baldi
Tuala kecil & besar
tuala wanita(jika perempuan)
Alat kecantikan / penjagaan diri (ringkas saja)
3️⃣ Barang Peribadi
Beg / backpack harian
Botol air
Buku nota / alat tulis
Telefon & charger
4️⃣ Peralatan Tambahan
Selimut / cadar / sarung bantal/bantal
Tupperware / bekas makanan ringan
set sudu
Jam loceng atau alarm
5️⃣ Barang Misc
Mask / sanitizer
Kain lap / span
Lampu meja kecil / lampu tidur
Tips: Bawa secukupnya, jangan terlalu berat. Barang penting je dulu, boleh tambah nanti!
10 Comments
nak apa2 keperluan mendesak, telepon aje bapaknye
Waklah yang jadi mangsa tukang hantar barang.