Hasil Dari Tanaman Tepi Rumah

Tak banyak tapi tetap disyukuri. Alhamdulillah, sempat jenguk tanaman yang dah macam merajuk sejak diabaikan. Tak best la jenguk tanpa petik kan? sempat petik beberapa helai daun limau purut untuk difrozenkan, petik bunga telang putih untuk dikeringkan dan juga sedikit limau kasturi untuk buat mandi manda. 

Pokok pandan, kunyit, serai, dan beberapa jenis limau ni kalau tak jadi penghuni pasu terasa kosong hidup. Mungkin minggu depan boleh mula semula beli tanah dan beberapa biji pasu untuk projek tanam cili dan daun bawang kot demi membusykan diri yang kurang busy ni. 

Korang suka tanam bunga atau sayur?

Post a Comment

6 Comments

Mama Zharfan said…
my mini garden pun sgt2 terabai sekrg..tp nampak ada jer buah2 limau kasturi dan buah limau nipis tgh berbuah dlm pasu..nak kena petik jugak ni, takut luruh if over ripe
Rawiwa said…
adehh.. dua-dua tak suka sebab tak rajin nak menjaga.
Ada lah tanam pokok limau purut, pandan, kunyit dan kari.
Pokok lidah ular paling subur.. letak atas tanah kemain membiak.
Suria Amanda said…
Betul..kat rumah SA pun dah x banyak tanaman...ada la sikit untuk kegunaan harian
Eyma Balkish said…
Sekarang ini lebih banyak pokok cili berbanding pokok hiasan.
Pizzah said…
Berhasil tu yang jadi seronok menanam. Hasilnya walaupun kecil tetap bagi menfaat kat kita. Mudah nak memasak, petik je dari kebun kecil.
Itupun dah Alhamdulillah hasilnya. Saya sebenarnya suka 2-2 nya. Tp masalah di tangan ini, yg panas sangat 🤣. Setiap gardening, kaktus pun sampai mati 😅