Stok Bawang Siap Kupas-Mudahkan Kerja Memasak


Stok bawang yang dah siap dikupas wajib ada kat rumah ni. Sejak doktor sahkan saya penghidap penyakit autoimune ni memang saya akan buat kerja yang ringkas saja. Masak simple dan perlu cepat siap sebab nak jimat tenaga. Kami pesakit autoimune ni memang mudah letih dan tak berapa larat. 

Bila sentiasa ada bawang dah siap kisar, yang dah siap kupas dan cili siap kisar memang kerja memasak jadi cepat dan mudah. Tak perlu bazir masa nak kemas kulit bawang yang berterabur semasa proses mengupas bawang setiap kali nak memasak. 

Kalau nak mudah kupas bawang, rendam sekejap dengan air agar kulit dia mudah dikupas dan dapat mengelakkan mata menjadi pedih. 

Korang pun suka simpan stok bawang dah siap kupas tak?


Post a Comment

1 Comments

  1. Disebabkan KSarie jarang dan malas memasak jadinya stok bawang dah siap kupas ini memang tidak ado huhuhuhu. Bila sesekali memasak memang berkuntau la baru terkinja-kinja nak kupas bawang segala😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.