Kutip Hasil Tepi Rumah


Hi Semua , Salam Selasa. Rutin pagi, jenguk tanaman tepi rumah. Kesian mereka terabai sejak kerja-kerja penambahbaikan rumah. Ye la pekerja datang mula bertukang sekitar 7 lebih pagi. Bila dah ada orang memang saya dah tak keluar intai pasu pasu tepi rumah tu, petang pula lepas mereka pulang saya dah takda mood nak jenguk tanaman. Pagi ni sempat ambil serba sedikit mana yang ada. Sedikit limau kasturi, sedikit daun limau purut nak frozenkan agar tak perlu keluar petik bila nak guna dan beberapa kuntum bunga telang putih nak buat air. Selain menjadi hobi melihat tanaman tepi dan belakang rumah akan jadi terapi jiwa dan minda juga

Nampak remeh tapi daun limau purut berkhasiat dan kerap kita guna dalam masakan. Tak rugi tanam. 

Limau kasturi sedap dibuat air. Letak dalam sambal belacan pun sedap. Ambil sebiji saukan sedikit kapur makan dan guna gosok bawah lengan dan leher bagus untuk mencerah dan mengelakkan bau badan yang kurang enak tanpa perlu pakai deodorant ada bahan kimia atau yang tawas menggatalkan bawah lengan bagi yang ada alahan tu. Selamat mencuba, satu bulan satu jenis tanaman. Lama-lama akan banyak la nanti. Setakat daun pandan, daun kunyit, daun kesom dan herba yang kerap guna tapi digunakan dalam kuantiti sedikit tak susah pun jika nak tanam sendiri. Jimat duit dan jimat tenaga nak berulang ke kedai beli tapi tak habis guna dan akhirnya membazir, kan?


Post a Comment

9 Comments

Puan Hazel said…
Sy tanam pokok limau kasturi tak berbuah2 lagi huhu...
Betul, tanaman2 gini kalau dapat tanam sendiri lebih jimat dan mudah utk diambil bila diperlukan.
mama tisya said…
hasil berbudi pd tanah ..bole tuai hasil...jimat dh tu
Cik Nur said…
Betul kegunaan harian ni
Ciknur blkg Ada sepasu dan depan pula jiran tanam ATAs tanah so membesar elok
Nk masak tomyam senang petik
Kadang mskkan dlm paprik Wahh memang sedapp baunya tu
notie said…
Banyak tu limau kasturinya boleh buat tea ais limau panas2 nil
Eyma Balkish said…
Pokok kesum susah juga nak hidup, asyik tak menjadi..huhu
Mama Zharfan said…
limau kasturi yg i tanam dlm pasu pun tgh lebat berbuah..nak kena petik nanti
Time Traveller said…
Seronok bila di rumah ada bermacam macam tanaman..
Roziah @ Cie said…
Senang nak guna bila tanam sendiri ni. Bebila je boleh petik.
Pizzah said…
Alhamdulillah ada hasilnya dapat digunakan. Memang tak rugilah menanam ni kan. Dapat juga guna yang segar. Jimat duit tu semestinya. Macam-macam guna daun limau purut dan limau kasturi ni.