Bukan semai sangat pun, cuma campak saja ke dalam pasu, bila dah hidup ada 4-5 helai daun asingkan ke pasu lain.
Ini pula cili api siam. Korang panggil cili apa ye? Bukan cili padi kampung tu, yang jenis besar tu ha. Biasanya buat sambal belacan saya campur cili merah dengan cili api beberapa biji. Selepas tu biji dia campak saja ke dalam pasu. Tu yang cili besar dan cili api ni tumbuh dalam pasu yang sama.
Ini cara orang malas. Kalau kalian rajin, semai la elok elok. Letak 1 lubang 2 biji benih. Lebih elok hasilnya nanti. Macam saya ni campak saja, bila dah tumbih ambil 3 4 pokok dan selebihnya buang saja kerana dia tumbuh sekelompok sebab tak korek tanah main campak saja. Tanam suka suka, bukan beriya pun. Hehe.
Suka suka pun, bila terputus stok cili api siam, atau cili padi kampung boleh juga kita petik dari pasu tepi rumah. Cili besar ni pula goreng dengan bilis sedap juga kan?


5 Comments